10 Perbezaan Utama Antara TV LCD dan TV Plasma

imagePlasma TV dan LCD TV adalah dua pesaing teknologi TV dalam senario pasaran TV sekarang dimana TV CRT sudah pun diletakkan di sudut kedai-kedai sahaja. Semua orang nampaknya berminat untuk membeli satu gajet yang besar ini, tetapi ramping dan rata. Jadi apa perbezaan antara keduanya? Pernahkah kita terfikir apakah perbezaan antara kedua-dua alat ini walaupun mereka kelihatan agak mirip? Berikut adalah panduan ringkas untuk teknologi yang agak kompleks ini untuk anda ketahui.

Teknologi

TV Plasma

Ada sel-sel kecil di antara dua kaca piring mana gas-gas xenon, neon dan argon disuntik dan dikurung dalam bentuk plasma semasa proses pembuatan. Gas-gas ini dicaskan pada interval tertentu sehingga ia diionkan dalam bentuk plasma. Gas terion ini apabila menghentam posforus merah, hijau atau biru akan menghasilkan imej berwarna yang sama warna. Ia tidak menggunakan sistem pistol elektron seperti TV CRT.

640px-plasma-display-compositionsvg

Sumber gambar: Wikipedia

Inilah sebabnya mengapa TV plasma tidak sebesar TV CRT yang dahulu. Tapi ia juga menggunakan teknik pembakaran posforus untuk memaparkan warna. Jadi ia mampu menghasilkan warna yang sangat tepat dan gambar bergerak yang lebih baik berbanding CRT.

TV LCD

300px-lcd_subpixel_en Sumber gambar: Wikipedia

Di antara dua lapisan bahan telus terpolarisasi, suatu polimer khusus digunakan untuk memegang kristal cair. Kristal ini boleh menyekat atau melepaskan cahaya mengikut dengan jumlah arus yang dikenakan kepada mereka. Setiap elemen gambar individu atau pixel dibagi menjadi tiga subpiksel merah, hijau dan biru. Subpiksel ini jika dicahayai dengan betul boleh menghasilkan warna yang bermacam-macam.

Berbeza dengan CRT standard atau Plasma, tidak ada fosfor yang menyala dalam LCD. Inilah sebabnya mengapa LCD lebih sejuk dan memerlukan kuasa yang lebih kecil serta tiada radiasi dari skrin.

Perbandingan

1. Saiz Skrin dan Harga

Ini adalah perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan sebelum anda membeli TV. Biasanya saiz TV plasma berkisar antara 32 inci hingga 65 inci dan TV LCD dari 14 inci hingga 46 inci namun saiz yang lebih besar juga telah ada.

Harga perbandingan untuk TV plasma saiz besar (~ 52 inci) adalah lebih rendah berbanding TV LCD berukuran sama. Sebaliknya, TV LCD (~ 32 inci) lebih murah berbanding dengan plasma berukuran sama. Walaupun harga TV LCD bersaiz besar  sedang jatuh dengan cepat, saya tetap meminta anda membeli TV plasma jika anda inginkan paparan yang besar.

2. Ketepatan warna dan Kepekatan

TV LCD menyalin warna dengan membuangkan warna dari cahaya putih. Teknologi ini agak lebih rumit dan lambat berbanding yang digunakan di dalam plasma. Warna-warna yang dipaparkan di TV plasma juga lebih bersemangat dan tepat daripada TV LCD. Namun TV LCD lebih cekap dalam menghasilkan warna ketika memaparkan gambar statik atau hampir statik seperti skrin komputer.

3. Resolusi gambar

LCD bersaiz kecil mempunyai piksel yang lebih banyak daripada plasma. Plasma bersaiz kecil tidak begitu baik dalam memaparkan gambar resolusi tinggi kerana mereka mempunyai kurang jumlah pixel per inci persegi. Jadi, pilih LCD jika anda inginkan paparan yang bersaiz kecil dan pilih plasma jika anda ingin yang paparan lebih besar kerana tidak ada perbezaan dari segi resolusi di antara keduanya.

4. Nisbah Kontras

Ini adalah nisbah luminans antara putih yang paling terang dan hitam yang paling gelap. TV plasma normal memiliki kontras bernisbah 3000: 1 sedangkan TV LCD biasanya mempunyai nisbah kontras 1000:1. Tapi ada beberapa masalah dalam standard pengukuran kedua-dua teknologi ini. Jadi adalah tidak mudah untuk membandingkan keduanya.

TV Plasma mampu menghasilkan tahap hitam lebih gelap kerana teknologi mereka. Inilah sebabnya mengapa filem-filem cahaya rendah lebih baik dinikmati di TV plasma. Namun ada yang mengatakan bahawa ada masalah kebocoran keluar di TV plasma ketika memaparkan adegan kontras tinggi.

Apa dia kebocoran itu? Contohnya TV memaparkan satu baris cerah halus di layar hitam penuh. Jalur ini akan kelihatan lebih tebal dari yang sebenarnya. Sebabnya adalah sesetengah piksel yang berdekatan menarik cas dari pixel yang terang tadi.

Namun saya dapati TV LCD lebih menyenangkan di tempat-tempat yang agak terang sedangkan TV plasma pula menyenangkan dalam keadaan bilik bercahaya malap.

800px-plasma_burnin_at_dfw_airport Sumber gambar: Wikipedia

5. Burn-In

Jika TV plasma digunakan untuk memaparkan gambar statik yang sama terus-menerus, posforus yang sama digunakan berterusan. Ini akan membakar posforus tersebut yang tidak boleh lagi mempamerkan warna dengan tepat. TV LCD tiada masalah ini dan inilah sebabnya mengapa LCD selalu digunakan sebagai unit paparan komputer yang memaparkan gambar statik terus menerus untuk waktu yang lama. Namun dalam penggunaan TV kebiasaannya burn-in pada TV plasma sukar untuk berlaku.

6. Pixel Response Time dan Screen Refresh Rate

Layar LCD lambat untuk menukar warna pixel walaupun teknologi telah semakin baik. Refresh rate skrin TV plasma adalah jauh lebih tinggi kerana tidak ada penangguhan dalam perubahan warna pada fosforus. TV LCD ketika menayangkan gambar bergerak laju akan menunjukkan kesan “trailer” dari bahagian yang bergerak.

7. Penggunaan Letrik

TV Plasma agak laparkan kuasa. Setiap piksel dalam sebuah TV plasma bertindak sebagai sumber cahaya sehingga ia memerlukan banyak tenaga untuk pencahayaan keseluruhannya. TV LCD menggunakan backlighting fluoresen untuk menghasilkan gambar, jadi ia memerlukan kuasa yang jauh lebih sedikit daripada TV Plasma. Keperluan kuasa untuk TV LCD adalah hampir setengah daripada TV plasma!

8. Sudut Pandangan

Sudut pandangan yang ditawarkan oleh TV plasma selalu lebih besar daripada TV LCD tapi sekarang high end LCD TV adalah setanding dengan TV Plasma. Namun masih ada beberapa TV LCD murah yang masih memiliki sudut pandang kurang dari 160 darjah. Jadi, apabila anda membeli TV LCD murah tidak berjenama sila periksa sama ada sudut pandang melebihi 160 darjah atau tidak.

9. Berat

Plasma TV adalah agak berat dan juga mudah pecah. Pemasangan di dinding atau siling harus dibuat oleh para profesional dengan penyokong yang boleh menahan beban yang cukup. TV LCD pula adalah tidak seberat TV plasma.

10. Prestasi di Altitud Tinggi

TV Plasma mungkin berdengung seperti tanda-tanda neon lama ketika digunakan di dataran tinggi. Ini adalah kerana gas di dalam TV plasma harus bekerja dalam keadaan yang agak stres. TV LCD tidak dipengaruhi oleh ketinggian tinggi sama sekali.

Kesimpulan

Anda mungkin bertanya – mana satu saya nak pilih? Plasma atau LCD?

Oleh kerana tiada pemenang yang jelas antara keduanya anda terpaksa membuat keputusan sendiri. Jika anda mementingkan penjimatan kuasa misalnya, maka TV LCD adalah sesuai untuk anda. Kalau TV anda diletak dalam bilik yang besar dengan penonton yang berselerak maka plasma adalah lebih ideal pula. Pilihan di tangan anda!

Teknologi, Television, Video , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>